Sunday 31 March 2013

cetusan rasa jiwalara 4

Memang banyak dugaan dalam hidup ini kan... semuanya perlu kita lalui dengan penuh sabar... terkadang bagi mereka yang tidak mampu untuk menghadapinya akan merasa bahawa dunia ini kejam pada mereka... tetapi bagi mereka yang redha atas ketentuan ilahi pasti menerima segala dugaan dalam hidup ini dengan tabah dan penuh dengan rasa rendah diri... kejam atau tidak dunia pada kita... hanya kita yang mencorakkan nya.. siapa kita untuk melawan takdir...semakin kita di uji semakin mengingatkan kita pada Allah yang maha besar... secara tidak langsung akang mendekat kan kita pada Allah tuhan yang satu... setiap kejadian mesti ada sebab dan musababnya...cuma kita sebagai manusia tak mampu untuk melihat apa yang bakal terjadi pada masa akan datang.. sesungguhnya peracangan Allah pada umatnya amat rapi hingga tidak mampu untuk kita fikirkan..

 apa yang terjadi pada aku? Sesungguhnya pada saat dan ketika ini aku terus-terusan diuji dengan berbagai dugaan... Ya... aku lah salah seorang insan kerdil yang sedang diduga oleh Allah dengan segala macam keadaan..  pernah hati ini merintih pedih mengenang nasib diri tapi sampai bila... merintih meratap tak mampu untuk merubah keadaan.. aku harus bangkit.. hanya aku yang mampu merubah semua nya dengan usaha dan akal fikiran yang diberikan..moga ada petunjuk dan hidayah dari Allah untuk aku keluar dari kemelut ini... tetapkan lah iman ku ya Allah.. moga apa jua yang aku buat tidak bercanggah dari landasan mu...

 T E N A N G L A H   D U H A I   H A T I...

Friday 22 March 2013

cetusan rasa jiwa lara 3...

Lama sungguh aku biarkan laman ini bersawang.... terlalu banyak perkara yang berlaku hingga menyebabkan aku tidak punyai waktu untuk menjenguk laman luahan hatiku ini... berbagai peristiwa yang menimpa... aku kehilangan seorang insan yang lahir dari rahim yang sama denganku untuk selama-lamanya.... kemudian tidak berapa lama ketika... aku sekali lagi dikejutkan dengan kembalinya seoang lagi ahli keluarga kerahmatullah... kesian ibuku... beliau paling merasakan kehilangan... dua insan yang selalu ada disisinya dalam apa jua keadaan... banyak urusan yang aku terpaksa urusankan atas dasar rasa tanggungjawab sebagai salah seorang ahli keluarga.. hingga aku merasa terlalu lelah untuk meneruskan segala yang telah dipertanggungjawabkan...

 Hanya Allah yang tahu betapa aku cuba untuk berbuat sehabis baik.. tapi biasala.. lumrah manusia.. tidk pernah ada rasa puas hati dalam diri.. ada sahaja yang mahu dipertikaikan... aku mengerti semua itu... lantaran pula aku hanya seorang insan yang kerdil tidak punya apa-apa.. .. tertanam di fikiran mereka-mereka yang tertentu bahawa pertolongan aku iniada imbuhan yang aku inginkan... hina sungguh diri rasanya... hanya pada Allah aku memohon agar diperkuatkan semangat  dan moga rasa sabar dalam diri aku tidak alan pernah luntur...hanya ada sedikit sahaja lagi yang perlu aku uruskan.. selepas itu aku nekad tidak mahu mencampuri apa sahaja urusan lagi pada hari mendatang...

Aku sentiasa sedar siapa aku... aku redha denganmsegala yang berlaku.. kerana akumtahu.. Allah tidak akan menduga hambanya tanpa sebab.. aku tidak mahukan apa-apa.. cukuplah sekadar hanya aku yang tahu aku ini ikhlas membantu..

Sunday 21 October 2012

cetusan rasa jiwa lara 2..

tiada bezanya semalam dan hari ini.. aku masih lagi dibebani dengan masalah yang belum selesai.. sungguh aku lelah dalam mengharungi semua ini.. namun aku masih cuba memujuk diri untuk menerima kententuan yang telah tertulis dalam takdir hidup ku ini dengan tenang.. cuba berfikiran positif bahawa masih harapan untuk aku mempernaiki taraf hidup ku pada masa akan datang.. bak kata org bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.. setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya..

Fikiran ku memang buntu.. ada beberapa peluang tiba untuk aku keluar dari belengu ini.. tapi aku terikat dengan modal untuk aku terus bertapak.. disebabkan ini juga banyak perkara yang harus aku lakukan tika ini tertangguh.. Ya Allah.. Sesungguhnya hamba-Mu ini mengaharapkan bantuan dari-Mu untuk mempernbaiki diri... Limpahkan lah sedikit rahmat dan kurnia-Mu kepada hamba-Mu ini Ya Allah.. Sesungguhnya hanya pada-Mu lah tempat untuk aku memohon pertolongan,..

aku betul-betul pasrah.. jadi takut merancang untuk hari esok.. ku akui memamag besar dugaan bila kita berada dalam kedaaan hidup yang tertekan.. semua jadi serba tak kena.. tidak ku nafikan sesekali timbul niat  untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang dan agama bagi aku meneruskan hidup ini.. tetapi alhamdulillah aku masih mempunyai fikiran waras dan rasa takut yang menebal dalam diri dari melakukan kejahatan itu.. Aku masih mampu memikiran segala perbuatan aku yang tidak baik akan melukai hati dan perasaan orang-orang yang aku sayang terutama insan yang ku panggil EMAK...

Aku masih tidak berhenti berdoa agar kemelut yang aku lalui ini akan cepat berakhir.. Aku tak mahu kan kemewahan.. cukuplah sekadar aku hidup dalam keadaan tenang dan gembira.. aku yakin saat itu akan tiba juga nanti...


Friday 19 October 2012

cetusan rasa jiwa lara 1..

sepi... itu yang aku rasakan saat ini.. kepala berserabut memikirkan berbagai dugaan yang datang menimpa.. aku terasa diriku amat daif dan hina dipandangan orang sekelilingku.. aku sudah tidak tega untuk mengadap wajah-wajah insan yang sentiasa dekat dengan diriku..sehingga aku tidak mampu mengangkat muka memandang wajah-wajah luhur mereka yang pernah menghulurkan bantuan pada diriku.. selama mana aku hendak hidup begini.. meraih simpati dari mereka untuk meneruskan hidup.. 

aku terkadang merasakan dunia ini seperti sedang menghukum aku atas segala kesalahan yang aku lakukan selama aku bernafas di atas muka bumi ini.. mungkin terlalu banyak dosa daripada pahala yang aku lakukan.. aku betul-betul tertekan waktu ini.. hingga aku merasakan diri ini sudah tidak mampu untuk mengeluh lagi.. 

dikala ini aku masih sendiri memikirkan apa pula yang akan aku lalui pada hari esok dan hari-hari seterusnya.. adakah hari esok lebih baik dari hari ini atau sebaliknya.. jiwa ku yang kurasakan cukup kental untuk mengharungi segala cobaan dan dugaan selama ini, kini kian lemah dan hampir tidak mampu untuk menerima apa2 lagi dugaan..

Ya Allah.. hanya pada-Mu sahaja aku berserah.. Aku tetap memahatkan dalam ingatan ku bahawa segala cobaan dan dugaan yang aku lalui tika ini adalah sebagai satu jambatan untuk aku mengecapi secebis kesenangan dan kebahagian.. aku juga menganggap ini adalah peringatan-Mu atas kelalaian yang aku sedari atau tidak sedari dalam menjalani kehidupanku selama ini..Mungkin ini cara-Mu mengingatkan ku untuk lebih muhasabah diri ke arah yang diredhai.. Aku pasrah menerima apa pun andai itu takdir yang sudah tertulis di loh Mahfuz ku sejak azali..