tiada bezanya semalam dan hari ini.. aku masih lagi dibebani dengan masalah yang belum selesai.. sungguh aku lelah dalam mengharungi semua ini.. namun aku masih cuba memujuk diri untuk menerima kententuan yang telah tertulis dalam takdir hidup ku ini dengan tenang.. cuba berfikiran positif bahawa masih harapan untuk aku mempernaiki taraf hidup ku pada masa akan datang.. bak kata org bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.. setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya..
Fikiran ku memang buntu.. ada beberapa peluang tiba untuk aku keluar dari belengu ini.. tapi aku terikat dengan modal untuk aku terus bertapak.. disebabkan ini juga banyak perkara yang harus aku lakukan tika ini tertangguh.. Ya Allah.. Sesungguhnya hamba-Mu ini mengaharapkan bantuan dari-Mu untuk mempernbaiki diri... Limpahkan lah sedikit rahmat dan kurnia-Mu kepada hamba-Mu ini Ya Allah.. Sesungguhnya hanya pada-Mu lah tempat untuk aku memohon pertolongan,..
aku betul-betul pasrah.. jadi takut merancang untuk hari esok.. ku akui memamag besar dugaan bila kita berada dalam kedaaan hidup yang tertekan.. semua jadi serba tak kena.. tidak ku nafikan sesekali timbul niat untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang dan agama bagi aku meneruskan hidup ini.. tetapi alhamdulillah aku masih mempunyai fikiran waras dan rasa takut yang menebal dalam diri dari melakukan kejahatan itu.. Aku masih mampu memikiran segala perbuatan aku yang tidak baik akan melukai hati dan perasaan orang-orang yang aku sayang terutama insan yang ku panggil EMAK...
Aku masih tidak berhenti berdoa agar kemelut yang aku lalui ini akan cepat berakhir.. Aku tak mahu kan kemewahan.. cukuplah sekadar aku hidup dalam keadaan tenang dan gembira.. aku yakin saat itu akan tiba juga nanti...
.jpg)
No comments:
Post a Comment