Lama sungguh aku biarkan laman ini bersawang.... terlalu banyak perkara yang berlaku hingga menyebabkan aku tidak punyai waktu untuk menjenguk laman luahan hatiku ini... berbagai peristiwa yang menimpa... aku kehilangan seorang insan yang lahir dari rahim yang sama denganku untuk selama-lamanya.... kemudian tidak berapa lama ketika... aku sekali lagi dikejutkan dengan kembalinya seoang lagi ahli keluarga kerahmatullah... kesian ibuku... beliau paling merasakan kehilangan... dua insan yang selalu ada disisinya dalam apa jua keadaan... banyak urusan yang aku terpaksa urusankan atas dasar rasa tanggungjawab sebagai salah seorang ahli keluarga.. hingga aku merasa terlalu lelah untuk meneruskan segala yang telah dipertanggungjawabkan...
Hanya Allah yang tahu betapa aku cuba untuk berbuat sehabis baik.. tapi biasala.. lumrah manusia.. tidk pernah ada rasa puas hati dalam diri.. ada sahaja yang mahu dipertikaikan... aku mengerti semua itu... lantaran pula aku hanya seorang insan yang kerdil tidak punya apa-apa.. .. tertanam di fikiran mereka-mereka yang tertentu bahawa pertolongan aku iniada imbuhan yang aku inginkan... hina sungguh diri rasanya... hanya pada Allah aku memohon agar diperkuatkan semangat dan moga rasa sabar dalam diri aku tidak alan pernah luntur...hanya ada sedikit sahaja lagi yang perlu aku uruskan.. selepas itu aku nekad tidak mahu mencampuri apa sahaja urusan lagi pada hari mendatang...
Aku sentiasa sedar siapa aku... aku redha denganmsegala yang berlaku.. kerana akumtahu.. Allah tidak akan menduga hambanya tanpa sebab.. aku tidak mahukan apa-apa.. cukuplah sekadar hanya aku yang tahu aku ini ikhlas membantu..
No comments:
Post a Comment